Thursday, September 4, 2008

Fenomena Ramadhan

"Fenomena pembaziran yang berlaku dan berleluasa pada setiap kali menyambut Ramadhan merupakan sesuatu yang amat menyedihkan. Sepatutnya bulan Ramadhan mendidik umat Islam berjimat cermat. Akan tetapi yang berlaku ialah sebaliknya apabila masyarakat Malaysia sanggup berbelanja besar dengan beraneka juadah makanan ketika tibanya waktu untuk berbuka puasa.


Sesuatu yang amat menghairankan juga apabila melihat sesetengah orang yang ketika berpuasa kelihatan amat lesu dan tidak bermaya, namun apabila tiba sahaja waktu petang untuk membeli juadah, badan yang lesu tadi sudah menjadi cergas dan kuat. Lantas, pelbagai juadah dibeli sehingga melebihi keperluan yang sepatutnya. Mereka membeli juadah bukan lagi mengikut keperluan, tetapi mengikut nafsu!. Mereka seolah-olahnya ingin meng'qada' sarapan pagi, makan tengahari, dan makan petang yang ditinggalkan ketika berpuasa, lalu berlakulah pembaziran yang banyak. Terdapat dalam kalangan masyarakat Islam yang menjadikan waktu berbuka tidak ubah seperti suasana ‘pesta makan’. Masyarakat seolah-olah berusaha untuk mengubah bulan puasa kepada 'bulan makan'! Sikap yang lebih pentingkan pesta menjamu selera pada bulan ini menyebabkan kesucian Ramadan sebagai bulan ibadat itu tidak dapat dihayati dengan sempurna.

Sebenarnya ajaran Islam tidak pernah melarang umatnya untuk membeli makanan. Cuma ajaran Islam mengajar kita supaya berbelanja secara bersederhana setiap masa, termasuk sewaktu berbuka puasa. Kita sebenarnya bukan 'hidup untuk makan', tetapi 'makan untuk hidup'. Apabila konsep 'hidup untuk makan' dijadikan pegangan, keadaan ini menyebabkan berlakunya kelalaian hingga melampaui batas berbelanja. Tidak cukup dengan juadah yang dimasak di rumah, dibeli lagi makanan di bazar dan pasar Ramadan secara yang berlebihan.


Sesuatu yang perlu disedari bahawa tabiat pembaziran yang berlaku dalam bulan Ramadhan menyebabkan puasa yang dilakukan menjadi sia-sia kerana tidak mencapai ketakwaan sebagaimana yang diharapkan. Masyarakat Islam di Malaysia perlu sedar bahawa puasa adalah ibadat yang memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi, sahsiah dan akhlak hingga mencapai tahap takwa kepada Allah. Antara ciri insan bertakwa ialah mereka yang berjaya mengawal nafsu makan. Sehubungan itu, umat Islam hendaklah menghindari amalan menjadikan Ramadan bulan untuk berpesta makan dan membeli-belah secara berlebihan.


Pembaziran merupakan satu sifat yang dilarang keras di dalam Islam. Justeru, Allah mengumpamakan orang yang membazir itu ibarat saudara kepada syaitan. Firman Allah bermaksud : “Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu adalah sangat ingkar kepada tuhannya.” (Surah al-Isra', ayat 27). Sayyid Qutb di dalam tafsirnya 'Fi Zilal al-Quran' menjelaskan bahawa Ibnu Mas'ud dan Ibnu Abbas mentafsirkan pembaziran itu ialah berbelanja kepada tempat yang tidak wajar (secara yang tidak diharuskan oleh Allah). Oleh itu, berbelanja secara berlebihan ketika membeli makanan juga merupakan suatu tindakan yang tidak wajar dan membazir. Oleh yang demikian, apakah kita sanggup menjadi ‘saudara’ kepada syaitan dengan melakukan pembaziran di bulan Ramadhan yang mulia ini??!


dari www.ustazshauqi.blogspot.com

Tuesday, September 2, 2008

Beginikah kita??

"Dua tetamu sedang berjalan di hadapan anda yang sedang menunggu di pintu rumah. Seorang yang lebih mulia berjalan di hadapan sementara yang seorang lagi berjalan di belakang. Siapa yang patut di alu-alukan dahulu? Tentu yang di hadapan. Bukan sahaja kerana kemuliaannya tetapi kerana dia berada di hadapan. Tentu kurang beradab jika mengalu-alukan tetamu yang di belakang tetapi indah tak indah dengan yang di hadapan...

Begitulah kita selalunya. Puasa baru bermula, sudah sibuk nak raya. Puasa baru sehari dua, lagu-lagu Selamat Hari Raya dah berkumandang. Kad ucapan Hari Raya dah bertimbun. Ada yang dah sibuk menbeli belah. Nampak sangat gopohnya kita nak raya dan seolah-olah berkata kepada Ramadhan yang mulia... cepat-cepatlah pergi!

Ghairah nak kan kuih sedap, ada ibu bapa yang sanggup minta anak berbuka puasa untuk merasa kuih masakannya. Ada yang berbuka lepas azan Zohor akibat lelah selepas mengacau dodol. Saf-saf sembahyang terawih kian susut. Lailatul Qadar dah dimeriahkan dengan pelita api, bukan pelita hati. Roh Ramadhan dilayukan dengan semangat raya.

Orang-orang soleh dahulu sayu apabila Ramadhan berlalu. Hati mereka merintih, bagaimana dengan puasa yang telah dipersembahkan kepada Allah? Puasa sekadar lapar dahaga? Sedangkan hati, akal, nafsu masih bermaharajalela? Mereka mula bimbang, kerana sebaik Syawal menjelang, musuh ketat yang dirantai dibebaskan semula. Syaitan mula beroperasi semula. Kalau semasa Ramadhan, melawan nafsupun tewas, apalagi bila nafsu dan syaitan bekerjasama. Lalu mereka pun berdukacita.

Namun bila takbir raya bergema, mereka menangis hiba. Syukur berpadu sayu. Syukur, kerana Allah masih izinkan mereka menyambut hari kemenangan walaupun merasa gagal berpuasa dalam ertikata yang sebenarnya. Ya, mereka malu kepada Allah kerana menerima kurnia yang tidak layak mereka terima. Mereka terasa bagaikan anak nakal yang diberi hadiah oleh ibu bapanya.

Itu orang-orang soleh. Kita bagaimana? Sudah tahu gagal berpuasapun tetapi beraya macam menang. Sebab itu bila merayakan Hari Raya makin jelas ' kekalahan-kekalahan' kita. Orang bersyukur dengan sembahyang, kita menyanyi. Pendedahan aurat, pergaulan bebas dan macam-macam kemungkaran berlaku atas nama Hari Raya. Nikmat Allah kita kufuri. Lalu Hari Raya, menjadi hari melahirkan 'kekufuran' (kederhakaan). Hakikatnya, arus nafsu hanya diempang sepanjang Ramadhan, untuk dialir selaju-lajunya di Hari Raya.

Aduh! Kalau begini, selamatkah kita di Hari Raya? Ya, 'hari' raya dah tentu selamat tetapi 'orang' raya belum tentu selamat. Bukan saja selamat tak accident dalam perjalanan pergi dan balik ke kampung dunia tetapi selamatkah kita di kampung Akhirat? Justeru selamatnya kita di sana, ada kaitannya dengan cara kita berpuasa dan menyambut Hari Raya di sini. Di sanalah (Akhirat) hakikat Hari Raya yang sebenarnya.


dari www.al-futhuhat.blogspot.com


Thursday, August 28, 2008

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI

KEBAHAGIAN SEORANG SUAMI

Seoarang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam);

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."[1]

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah…alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie…adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya….kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…hehehee

Sedekah

Kekuatan Sedekah

Diceritakan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :

Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.

Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”

Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),

Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”

Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),

Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”

Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),

Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”

Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),

Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”

Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.

Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain.

Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : ”Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat, dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya”.

Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata, tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.

Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :

- Allah Ta’ala berfirman, ”Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. {Qs. Al Lail (92) : 5-8}

- Allah Ta’ala berfirman, ”Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui”. {Qs. Al Baqarah (2) : 261}

- RasulAllah SAW bersabda, ”Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, ”Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah”. Yang satu lagi menyeru ”musnahkanlah orang yang menahan hartanya.

Tolak Bala dengan Sedekah

Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW, sbb :

Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah.

Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah.

Ubatilah penyakitmu dengan sedekah.

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah), sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah,

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita, kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???

Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah

Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum’at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum’at, misalnya Jum’at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum’at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka. Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : ”Bila seorang hamba telah meninggal, segala amalnya terputus, kecuali tiga hal : amal jariyah, ilmu yang bermanfaat atau anak shalih yang mendo’akannya” (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).

Berikut contoh konkrit, sadaqah (amal) jariah, yang pahalanya terus mengalir walaupun si pemberi sadaqah telah wafat :

SADAQAH JARIAH –

KEBAIKAN YANG TAK BERAKHIR

AL SADAQAT AL JARIYAH –

THE ACTIONS WHICH OUTLIVES YOU !

1. Berikan Al-Quran pada seseorang, setiap saat Al-Quran tersebut dibaca, anda mendapatkan kebaikan.

Give Quran to someone and each time they read from it, you will gain hasanaat.

2. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda mendapatkan kebaikan.

Teach someone to recite a dua. With each recitation, you will gain hasanaat.

3. Sumbangkan kerusi roda ke Hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda mendapatkan kebaikan.

Donate a wheel chair to a hospital and each time a sick person uses it, you will gain hasanaat.

4. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau hewan berlindung dibawahnya atau makan buahnya, anda dapat kebaikan.

Plant a tree. Each time any person or an animal sits under its shade or eats from the tree, you will gain hasanaat.

5. Tempatkan pendingin air di tempat awam.

Place a water cooler in a public place.

6. Edarkan bacaan yang membangun dengan seseorang.

Share constructive reading material with someone.

7. Libatkan diri dalam pembangunan masjid.

Participate in the building of a mosque.

8. Edarkan CD Quran atau Do'a.

Share a dua or Quran CD.

9. Bantulah pendidikan seorang anak.

Help in educating a child.

10. Edarkan pengetahuan ini dengan orang lain. Jika seseorang menjalankan salah satu dari hal diatas, Anda dapat kebaikan sampai hari Qiamat.

Share this with someone. If one person applies any of the above you will receive your hasanaat until the Day of Judgment.

Jadilah ia “sejuta artikel” dengan meneruskan artikel ini kepada saudara-saudara kita sesama muslim yang barangkali belum mengetahuinya, sehingga kita tidak dilaknat Allah dan seluruh mahluk kerana tidak menyampaikan (menyembunyikan) apa yang telah kita ketahui, sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran surah Al-Baqarah Ayat 159 :

”Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.

Dari Abdullah bin 'Amru ra, RasulAllah S.A.W bersabda: "Sampaikanlah pesanku walaupun hanya satu ayat”.

Meraikan anak yatim sempena puasa

Assalamualaikum wbt,

Bulan Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi. Seperti biasa banyak syarikat, jabatan serta individu sibuk menyusun jadual berbuka puasa. Sudah menjadi kelaziman setiap majlis yang adakan antara yang dijemput adalah anak-anak yatim. Alhamdulillah dengan adanya jemputan maka dapatlah anak-anak tersebut bergembira menikmati juadah yang istimewa. Saat ketibaan bulan Ramadhan sangat-sangat dinantikan oleh anak-anak tersebut.

Terima kasih diucapkan kepada pihak penganj ur yang saban tahun tidak pernah melupakan anak-anak yatim dalam penganjuran majlis mereka. Disamping dijamu makan anak-anak ini juga diberikan sumbangan yang berupa duit raya dan juga hadiah-hadiah yang lain.

Namun demikian ada beberapa perkara yang harus kita ambil kira. Ianya bukanlah satu peraturan yang harus kita patuhi tetapi hanyalah sebagai panduan.

1. Jangan memilih

Dirumah-rumah jagaan anak-anak yatim bukanlah semuanya dihuni oleh anak-anak yatim atau piatu sahaja. Terdapat juga anak-anak yang miskin dan anak-anak terbiar. Oleh yang demikian janganlah kita sebagai penganjur meletakkan syarat untuk menjemput anak-anak yatim atau piatu sahaja.

Jemputlah semua anak-anak yang ada disitu. Jangan dipinggirkan anak-anak yang lain. Jangan lupa juga untuk menjemput 3 atau 4 orang pengiring yang terdiri dari pengurus atau pekerja dari rumah tersebut.

2. Sediakan kenderaan atau tambang

Rumah-rumah anak yatim tidaklah mempunyai peruntukan yang besar bagi membiayai tambang atau sewa bas. Jika anda ingin menjemput mereka sediakan kenderaan yang sesuai. Atau jika mereka perlu uruskan sendiri pengangkutan, berikan sedikit peruntukan untuk sewa pengangkutan pergi dan balik. Jika syarikat atau jabatan anda memiliki bas sendiri adalah lebih baik.

3. Tempatkan mereka bersama tetamu anda yang lain

Jangan diasingkan anak-anak tersebut diruang yang khas yang berasingan dari tetamu lain. Tempatkan mereka bersama-sama tetamu lain. Mereka ingin sekali berinteraksi dan bermanja dengan orang lain. Adalah lebih afdhal jika mereka diselangselikan dengan tetamu disetiap meja.

4. Anak-anak yatim bukanlah bahan pameran

Seringkali berlaku anak-anak yatim ini akan dapat bertemu dengan tetamu khas seperti VIP atau artis ketika sesi bergambar atau sidang akhbar.

Sebelum itu mereka ditempatkan dimeja barisan belakang. Mereka cuma dipanggil kedepan apabila tiba sesi bergambar atau ketika menjadi latarbelakang sesi fotografi artis.

5. Selera kita mungkin sama dengan selera mereka

Adalah tidak manis jika tetamu dihidangkan dengan makanan yang berbeza dengan anak-anak yatim. Mereka juga ingin menikmati juadah yang istimewa seperti orang lain. Oleh yang demikian jangan diasingkan hidangan mereka dengan hidangan tetamu-tetamu lain.

6. Jika memberi hadiah, berilah kepada semua

Jika anda akan memberi sumbangan atau cenderamata berikan kepada semua mereka. Tentukan jumlah mereka yang akan hadir dan sediakan sumbangan atau cenderamata yang secukupnya. Selain dari wang mereka juga memerlukan pakaian dan alat-alat tulis.

7. Beri peluang mereka tunjukkan bakat

Kebanyakan rumah anak-anak yatim mempunyai pasukan kompang atau nasyid mereka sendiri. Selain dari persembahan artis jemputan, mereka peluang anak-anak ini menunjukkan bakat mereka. Mereka merasa dihargai jika diberi peluang memberikan persembahan mereka. Tapi jangan lupa memberi notis awal semasa mengundang mereka. Mereka juga mempunyai aturacara yang ketat sepanjang bulan ramadhan.

8. Jangan tahan mereka hingga larut malam

Anak-anak perlu menjalani tanggungjawab mereka sebagai pelajar. Mereka perlu hadir kesekolah pada awal pagi. Oleh yang demikian jangan menahan mereka didalam majlis anda sehingga larut malam. Lepaskan mereka pulang lebih awal supaya mereka dapat bangun sahur dengan segar dan seterusnya dapat bersekolah esok paginya. Awalkan acara penyampaian sumbangan dan cenderamata.

Semoga apa yang dipaparkan diatas boleh menjadi panduan kepada kita semua dalam mengendalikan majlis-majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim kelak. Jika anda ingin membuat sebarang penambahan atau komen, dipersilakan.

Terdapat 6 buah pusat jagaan anak-anak yatim, piatu, anak-anak miskin dan terbiar dibawah naungan Yayasan Pembangunan Nur Hikmah. Jika anda ingin agar kami menguruskan undangan bagi pihak anda sila hubungi En. Ahmad Fadzil di 012-2968 649 atau boleh terus hubungi rumah-rumah berkenaan seperti berikut :

1. Pondok Penyayang Raudah, Batu 11 Gombak, Selangor

No. Telefon : 03-61852068 (Ustaz Mukhtaruddin)

2. Asrama Anak-Anak Yatim Qanaah , Taman Greenwood, Gombak

No. Telefon : 03-61892001 (Puan Shamsiah)

3. Asrama Penyayang Nur Iman, Setapak, KL

No. Telefon : 019-2519082 (Ustazah Sharimah)

4. Persatuan Anak Yatim Flat Sri Sabah, Cheras, KL

No. Telefon : 012-2427558 (Puan Kalsom)

5. Rumah Jagaan Nurhikmah, Tmn Mesra, Kajang, Selangor

No. Telefon : 03-87396994 (Hj. Osman)

6. Asrama Anak-Anak Yatim Nurul Iman, Manjoi, Ipoh, Perak

No. Telefon : 016-5460071 (En. Khairul)

Terima kasih

  • Anda boleh menaja sajian sahur untuk anak-anak yatim melalui Program Mangkuk Tingkat. Sila klik MangkukTingkat.com
  • Laman web Yayasan Pembangunan Nurhikmah http://www.nurhikmah.org.my

Sunday, July 13, 2008

Isteri Oh Isteri

5 PETUA

[1] Larangan memburu, menganiaya, berlaku kasar atau membunuh binatang kepada suami. Amalan ini harus dielakkan kerana dikhuatiri anak yang dikandung isteri akan lahir cacat.
(isteri: lebih-lebih lagi haiwan peliharaan yang dok ada kat umah tu..janganlah dok ketuk kepala depa sebab kononnya geram tenghok dia chomel bangat…)

[2] Amalkan minum air kelapa. Sebaik-baiknya 9 bulan terakhir mengandung, belikan isteri air kelapa pandan atau air kelapa muda untuk membersihkan lendir-lendir masa bersalin kelak.

[3] Larangan kepada isteri agar tidak duduk di akar kayu. Larangan ini dibuat bagi mengelakkan uri tertinggal di dalam rahim.

[4] Larangan melilit towel di sekeliling leher sebelum bertolak untuk mandi. Ini kerana dikhuatiri tali pusat akan melilit leher bayi kelak.

[5] Petua org cina menggalakkan minum air sarang burung sehari sebotol kecil. Amalan ini dipercayai elok untuk kechantikkan kulit dan mata bayi.

5 NASIHAT

[1] Tidak perlulah menjalani ujian2 untuk mengesan kecacatan janin. Ini kerana jika benar janin anda cacat, undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan anda menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.

[2] Amalkan membaca Al-Quran. Surah2 Maryam, Yusuf dan Lukman harus menjadi pilihan buat anda yang mengandung. Minta suami bacakan sambil pegang perut isteri. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.

* Surah Maryam dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar proses bersalin dipermudahkan.

* Surah Yusuf dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung cantik, jelita, cute-mute, hensem bergaya macam Nabi Yusuf as.

* Surah Lukman dibaca untuk memohon kepada Allah swt agar anak yang dikandung pandai, bijaksana macam Lukman Al-Hakim.

[3] Perdengarkan lagu-lagu muzikal seperti mozart. Lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai.

[4] Elakkan minum minuman berkafein and makan neness. Kafein boleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.

[5] Elakkan membela kucing. Ini kerana najis kucing boleh memberi risiko kepada bayi.

Sunday, June 29, 2008

Perjalanan

Hari ni aku dan isteri tersayang ke Muar. Ada projek. Sesambil aku outstation, bawak isteri aku sekali...

Almaklumlah... Orang tengah mengandung... aku nak outstation pun, dia nak ikut. Takpelah, bawak orang ngandung jenjalan.

Sampai kat Muar, nginap kat Hotel Riverview. Best. ASTRO ada, aircond sejuk, dan yang paling penting, ada WiFi. Every room guaranteed. Ermmm... senang aku nak menorex nanti!!

hahhahhhhahhha

Saturday, June 21, 2008

Alhamdulillah...

Alhamdulillah... pada pukul 2 tadi, aku dapat satu berita gembira.
Kalau tak ada apa-apa aral melintang, aku akan jadi ayah bulan Februari nanti.
Doktor jangka 14 Februari delivered.
Hmm.... Terharunya aku...

Sunday, June 15, 2008

Father's Day

Selamat Hari Bapa aku ucapkan pada ayahanda tersayang, Che Ahmad Che Hussin, mertua Ismail Abdullah, semoga panjang umur dan murah rezeki, dapat tengok cucu lahir nanti...

Jimat oh Jimat

Sebagai menyahut seruan kerajaan untuk jimatkan makan, aku dah cuba.

Hari ni punya lauk:
Seketul ikan kering (bahagian kepala)
Sebiji telur masak sup + lada hitam.

Makan dua orang.

Agak-agaknya, tercapai tak seruan kerajaan tu?

Hmm... Terfikir lak time aku makan menu ni, apa pulak yang menteri-menteri kita tengah makan.. kan? kan?

Minyak oh minyak...

Hari ni aku terbuka balik blog yang aku pernah create dulu tapi tak diupdate.
Terfikir pulak nak update blog ni memandangkan walaupun aku tak login selama 10 bulan, masih lagi aktif dan tak dipadam.

Hari ni aku keluar dari rumah, USJ 16. bawak motor nak pegi draw duit claim yang hanya berbaki RM200 selepas bayar itu ini. Lepas ambik duit, pusing motor ke Pejabat Pos USJ 9 nak claim RM150 tu tapi tutup. Pusing motor ke arah Shah Alam tapi minyak motor abis kat USJ 4. Isi minyak RM10 tapi lepas tu terfikir, kalau aku pegi Pejabat Pos Shah Alam pun, abis minyak RM5. Baik aku tunggu je ambik duit tu esok....

Maka dengan senang hati sebab takyah kepanasan, aku pun pusing motor balik rumah je...